Friday, July 10, 2009

Petikan Kata-kata Tokoh Pemimpin Malaysia

"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
16 September 1995, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung MIC ke-42

"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
20 Jun 2002, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung UMNO

"Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
31 Oktober 1995, Kuala Lumpur
Pelancaran Keris Motion Sdn Bhd

"Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
30 Ogos 1984, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-27

"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
30 Ogos 1982, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-25

"...pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam harus berorientasikan tindakan atau action-oriented. Zaman kita menanti peluang-peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang, dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik adalah diperlukan”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
22 Ogos 1989, Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia


"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka”.

Tun Abdul Razak Dato' Hussein,
31 Ogos 1975, Kuala Lumpur
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-18

Di PETIK DARI: LAMAN WEB: www.uum.edu.my/ipdm/Institut

6 comments: