Friday, July 10, 2009

Petikan Kata-kata Tokoh Pemimpin Malaysia

"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
16 September 1995, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung MIC ke-42

"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
20 Jun 2002, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung UMNO

"Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
31 Oktober 1995, Kuala Lumpur
Pelancaran Keris Motion Sdn Bhd

"Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
30 Ogos 1984, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-27

"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
30 Ogos 1982, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-25

"...pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam harus berorientasikan tindakan atau action-oriented. Zaman kita menanti peluang-peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang, dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik adalah diperlukan”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
22 Ogos 1989, Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia


"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka”.

Tun Abdul Razak Dato' Hussein,
31 Ogos 1975, Kuala Lumpur
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-18

Di PETIK DARI: LAMAN WEB: www.uum.edu.my/ipdm/Institut

Thursday, July 9, 2009

LiRik Lagu BiLa Aku SuDaH TiaDa - HuJaN

Bila, aku sudah tiada

Simpan semua lagu ku

Jangan di tangis selalu


Mungkin, itu sementara

Bila jumpa pengganti ku

jangan di lupakan aku


Pagi itu indah seperti biasa

Tidur yang lena terhenti di sana

Layap kuyu masih tak terdaya

Bukalah tingkap mu

Curahkan cahaya…


Siapa yang sangka

Bila tiba masa kita

Untuk pergi selamanya


Takkan terduga

Jika saat ni

Tuhan tentukan

Aku lah orangnya


Gelak tawa tangisan yang hiba

Kenangan kita masa di dunia

Alangkah indahnya jika

Kita mampu hidup selamanya…

Lirik Lagu Kau Aku - Aizat

Kau Dan Aku

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku, engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Chorus :
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Ooohhh.
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini

Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

Lirik Lagu Putihnya Lukisan - Meet Uncle Hussain

Oh dunia
penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang disana sedang menahahahaha
yang disini ditimpa malapetaka
Ow dunia hari ini
ow sedihnya
ow tanah dijajah lagi
ow kehahanya
(*)
Jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
dengan warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh dan oh
Oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang simuda mengacukan senjata
Ow maruah dijual beli
ow murah nya
ow bumi terbelah lagi
ow bencana
-ulang (*)-
oh oh oh oh oh oh dan oh lagi

Lirik Lagu Mentera Beradu Malique/ M.Nasir

Masih belum sempurna..
Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..
kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
pecah tembelang...peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..
lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang
kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
ramai saudaraku yang baik telah dipijak
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina
lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
cita cita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku
kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
akhirnya sempurna....

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yangterbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luarkelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.


Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

‘SeMoGa Anda BeRoleH KebaHagiaaN HiduP bersama OranG Yang TerSayang Buat SeLaMaNya……Amin…….”

Menghargai Orang Lain

Dalam sehari, ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu Anda, yang menegur Anda dan yang memberikan Anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan ‘thank you’ atau ‘terima kasih’.
Ingat, kena ucap dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati Anda, sejauh yang mungkin, setulus yang mungkin. Kalau tak ucap secara lisan atau berdepan, ucapkan di dalam hati.
Dengan ini, membentuk diri Anda menjadi seorang yang pemaaf dan dalam jangka masa panjang, menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda Anda.
Motivasi tak melekat di hati dan tak berkesan di minda kerana banyak gelombang-gelombang emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, lalu membentuk tembok yang susah ditembusi. Baca buku motivasi banyak manapun, memang susah untuk berubah selagi tak pecahkan ‘tembok’ tu.
Di waktu pagi, hargai mak Anda yang menyediakan sarapan untuk Anda. Ucapkan terima kasih padanya, setulus hati, jadikan dia rasa cukup dihargai.
Beri penghargaan pada bos Anda, kerana dia menyediakan tempat kerja untuk Anda lalu membolehkan Anda mencari rezeki di organisasi miliknya. Niatkan sebagai menghargai jasanya mengambil Anda sebagai salah seorang pekerjanya.
Hargai kekasih Anda yang selalu menyayangi Anda, yang selalu merindu Anda dan yang menjadikan nama Anda penyeri hidupnya.
Bila kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.
Last sekali, hargai Allah kerana memberi Anda nafas, kecerdikan dan peluang untuk Anda hidup sehari lagi bagi membolehkan Anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri Anda!

Di petik daripada: http://www.imotivasi.com/menghargai-orang-lain/

Petua Motivasi 30 Saat Sehari

Untuk memberi semangat pada diri sendiri, rahsianya, Anda perlu memberi semangat pada orang lain terlebih dahulu. Tak kira siapa jua dia, berikan kata-kata yang menyemarakkan inspirasi.
Untuk mula, berikan dia penghargaan, pujian dan perhatian khas untuk dirinya.
Dalam 30 saat pertama Anda bertemu dengannya, katakan apa saya yang membuat dia rasa di hargai, terharu dan bangga mendapat pujian Anda.
Kesannya, mereka akan jadi bersemangat dan tersenyum!. Dalam masa yang sama, Anda turut bersemangat sama seperti mereka.
Ikhlaskan hati dan pamerkan wajah yang ceria ketika Anda mempraktikkan teknik “30 saat sehari” ni. Niatkan supaya mereka jadi bersemangat dengan sapaan Anda.
Pada peringkat pertama, kebanyakan orang di sekeliling Anda akan naik heran dengan perubahan Anda. Tapi, percayalah, bila Anda konsisten memberi kata-kata yang membuat mereka semangat pada 30 saat pertama dalam sehari, Anda juga turut menjadi bersemangat, bukan dua tiga hari tetapi berpanjangan.
Bayangkan kalau Anda menyapa lebih daripada 30 orang sehari, dari pagi sampai ke petang? Tak ke naik semangat jadinya?
Lupakan dulu niat nak mencari cara cemana nak membuat Anda nampak bermotivasi lebih dari orang lain.
Tapi, fokus pada bagaimana nak membuat orang lain menjadi ceria, rasa dihargai oleh kata-kata Anda.

Dipetik daripada: http://www.imotivasi.com/30-saat-sehari/

Hidup Tak Semestinya Susah Bila Ada Motivasi

Fikiran kita mengawal hidup kita. Apa saja yang kita fikir, itu yang akan mengawal segala tindakan, keputusan dan emosi kita.
Bila kita fikir hidup ini tak semestinya mudah atau dalam erti kata lain, susah, maka susahlah jadinya. Semua benda, perkara dan situasi kita fikir susah, maka minda separa sedara akan menarik perkara-perkara yang membuatkan apa saya yang Anda buat jadi susah.
Tetapi, bila kita fikir hidup ini senang, ada cara senang nak senang dan perlu dinikmati, semuanya akan jadi senang, sekarang, esok, lusa bahkan sampai bila-bila. Bila kita set minda macam tu, semuanya akan jadi lancar. Semangat pun naik!
Sebab, minda separa sedar menarik semua perkara yang membuat apa saja yang Anda buat menjadi senang. Saya nak beritahu Anda satu rahsia… tak semua orang menyedari hal ini di mana sebenarnya mereka boleh membuat semua perkara menjadi senang. Tak semua orang mahu belajar mengenainya.
Minda kita mengikut apa saja yang kita imaginasikan dan yang kita emosikan. Andai kita kata susah, maka terbayang di minda sesuatu yang susah. Lantas, emosi kita pun bertukar menjadi susah, payah dan berat. Secara automatik, minda terus menarik perkara-perkara yang susah.
Bak kata Anthony Robbins, “its all in your mind”. Jangan anggap semuanya susah, tapi anggaplah ia sebagai cabaran.
Mesti ada cara untuk menjadikan hidup ini menjadi lebih senang dan mesti ada cara untuk kita menikmati kesenangan itu bersama kawan-kawan, keluarga bahkan sesiapa saja.
Ingat, kita adalah apa yang kita fikirkan.

SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN....

artikel di petik daripada: http://www.imotivasi.com/hidup-tak-semestinya-susah/

Orang Ketawakan Anda?

Seringkali bila kita buat kesilapan di depan orang, mereka cenderung untuk mentertawakan kita. Tak kira mereka kawan kita mahupun rakan sekerja, silap sikit, mesti kita di ketawakan.
Selepas itu, Anda rasa malu, maruah jatuh dan jati diri menurun. Apa nak buat bila Anda berdepan dengan keadaan sebegini?
Cara terbaik, lupakan saja. Saya tahu, memang perit nak dilupakan, tapi kalau asyik di ingat, serta merta membuat motivasi Anda turun. Kesannya, Anda tak bersemangat.
Jadikan ketawa mereka tu sebagai satu cabaran untuk Anda memajukan diri, lebih maju dari yang sebelumnya!
Hari ni mereka ketawakan Anda, biar esok nanti, mereka menyanjung pencapaian Anda!.
Selalunya, bila kita berdepan dengan keadaan sebegini, terasa tak bersemangat dan emosi kita down jadinya. Tapi kita perlu lupakan rasa malu tu dan ingat semula matlamat utama kita.
Tak kira Anda seorang pelajar IPT, pekerja mahupun usahawan, perkara ni tetap berlaku di mana-mana saja. Cara nak menanganinya, latih diri untuk banyak bersabar dan fokuskan kepada matlamat Anda.
Bila di ingat saat mereka mentertawakan Anda, memang sakit hati, geram, rasa nak marah. Semua emosi tu negatif. Kalau asyik kita ingat, melatih minda kita supaya menarik situasi yang negatif juga.
Walau sekuat mana usaha Anda mengejar kejayaan, jika Anda selalu ingat situasi tersebut diiringi dengan emosi sakit hati, geram, rasa nak marah, kejayaan takkan muncul disebabkan hal tadi.
Minda Anda bukan menarik kejayaan, tapi menarik situasi negatif yang mengundang kegagalan dan kekecewaan tanpa Anda sedari.
Kena latih diri untuk buang rasa geram, sakit hati dan rasa nak marah bila di ketawakan. Lebih baik fokus kepada cita-cita dan impian Anda, kerana ia membuat Anda semakin bersemangat serta melatih minda Anda supaya fokus ke masa depan, iaitu cita-cita Anda.
Fikir kejayaan, minda Anda akan menarik kejayaan. Untuk itu, minda Anda perlu bersih dari emosi negatif.
Jangan biarkan emosi negatif ni ada, walaupun sedikit.
Penuhkan minda dengan hal-hal kejayaan, seperti kisah orang-orang yang berjaya dan peransang motivasi, agar ia menjadi booster untuk Anda semakin rajin berusaha.
Kesan daripada tu, walau sekuat manapun orang ketawakan Anda, cuma perlu senyum saja kerana ia tidak memberi kesan apa-apa!

Artikel Motivasi daripada: http://www.imotivasi.com/orang-ketawakan-anda/

Berhati-hati Mendengar Lagu2 Sedih

Seperti dalam artikel motivasi yang lalu, saya ada meminta Anda supaya berhati-hati dengan perkataan yang Anda baca, dengar dan lihat. Sebab, perkataan banyak menerbitkan energi yang berlainan sama ada positif atau negatif.
Dengar, baca atau pandang perkataan negatif (sedih, resah, duka, kecewa, sengsara, ditinggalkan, marah, pilu dan geram) akan menerbitkan energi negatif dari minda. Kesannya, badan Anda dikelilingi gelombang negatif.
Sejurus selepas itu, minda separa sedar Anda mula menarik situasi-situasi negatif, orang perseorangan yang negatif dan benda-benda negatif yang Anda tak nak. Kita tak nampak semua gelombang minda ni, tapi ia ada.
Sama juga macam gelombang hanphone, tak nampak tapi Anda baru saja menggunakannya tadi, betul tak?
Bila Anda selalu dengar lagu yang sedih, pilu, murung dan kecewa, minda separa sedar Anda akan memberi respon. Cemana responnya?
Ia menerbitkan energi berdasarkan perkataan yang Anda dengar, baca dan pandang lalu membentuk gelombang minda yang seterusnya mempengaruhi emosi Anda.
Lebih banyak Anda dengar lagu yang beremosi negatif sebegini, lebih banyak minda Anda menarik situasi-situasi negatif yang Anda tak mahu. Semuanya akan terjadi tiba-tiba.
Misalnya, kunci kereta Anda hilang, pintu cermin pecah lalu terkena mata Anda, masalah kewangan, dokumen penting hilang tiba-tiba, Anda terjatuh dalam parit, kaki Anda terseliuh dan bermacam lagi masalah lain yang negatif.
Jika Anda pernah mengalami keadaan sebegini, maknanya minda Anda penuh dengan energi negatif hasil dari kerajinan Anda membaca, mendegar dan memandang perkataan yang negatif.
Orang-orang yang bermotivasi tinggi, suka dengar lagu rancak, energetik, emosi cinta, kasih sayang dan yang memberi semangat kerana ia menerbitkan energi positif dari minda separa sedar mereka. Bahkan, ‘pantang’ mereka mendengar untuk tidak mendengar lagu sedih, berita sedih mahupun isu-isu buruk.
Kurangkan mendengar lagu sedih-sedih ni. Memang sedap di dengar dan syok dilayan, tapi ia mengundang situasi sedih, pilu dan suasana yang membuat Anda murung berpanjangan tanpa dipinta. Ia menurunkan motivasi Anda.

Dipetik dari: http://www.imotivasi.com/berhati-hati-mendegar-lagu-sedih/

Bagaimana Nak Maintain Motivasi Diri!!!

Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera hendaknya.
Kali ni saya berkongsi tips bagaimana nak maintain motivasi, passion, keseronokan dan ke’hepi’an. Sebab, kadangkala kita bersemangat dan kadangakala kita down sekejap, pastu payah betul nak bersemangat balik.
Cemana nak maintain supaya motivasi tu sentiasa ada? Ni caranya :
1. Ucapkan kata-kata positif, supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Kalau boleh, beri semangat pada diri sendiri setiap pagi, setiap hari, setiap saat Anda bernafas.
2. Baca artikel-artikel motivasi pendek yang meransang booster semangat, supaya ia menjadikan gelombang minda Anda bertukar menjadi lebih positif.
Paling best, dengar ceramah motivasi pendek guna mp3 player, mp4 player, handphone atau walkman. Di waktu pagi, banyak gelombang negatif yang bersimpang siur dari orang sekeliling.Trafik jem, berita keganasan dan cerita-cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.
3. Saat Anda sedar yang Anda mula berfikiran negatif, bersangka buruk atau tiba-tiba memaki hamun sebab Anda tak puas hati, latih diri untuk ucap istighfar.
Sebab apa? Istighfar dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati. Perkataan yang kita baca, lihat dan dengar menerbitkan getaran energi minda yang berbeza.
Bila perkataan negatif, energi yang terbit menjadi negatif.
Then, ia mempengaruhi emosi kita supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi menurun, kita tak bersemangat, lemah longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih teruk lagi, kita kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.
Hanya ada satu jenis gelombang yang menguasai minda, sama ada positif atau negatif. Perkataan yang kita baca, ucap dan dengar mempengaruhi gelombang-gelombang minda ni.
Jadi, untuk memastikan diri Anda sentiasa bersemangat dan sentiasa bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan-perkataan yang positif dan yang baik-baik saja, sedekat yang mungkin, sekerap yang mungkin.
Supaya, energi yang terbit adalah positif dan kesannya, Anda akan bersemangat sepanjang hari, 7 hari seminggu!

Artikel dipetik dari:http://www.imotivasi.com/bagaimana-nak-maintain-motivasi/

Wednesday, July 8, 2009

PaKai CiNciN ikut SuNNaH Nabi Muhammad SAW


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw.

sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah

iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali

iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:-

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari:-

1] jari tengah

2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin

pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias

kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka

di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah merangkumi

untuk lelaki ataupun perempuan.


P/S: Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan

dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah

yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam,

kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.

Oleh yang sedemikian, Sebagaimana Nabi Muhammad saw.

memakai cincin, kita pakailah cincin dengan niat mengikut

Sunnah Nabi Muhammad saw.

Mudah-mudahan kita beroleh pahala dan rahmat daripada Ilahi.

Amin.

Wallahu a'lam Wassalam.

TIPS DIET IKUT CARA RASULULLAH S.A.W

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua....yang saya terima dari rakan-rakan yang lain….

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti.
Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus?
Insya Allah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?.
Gerenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU (CONTOH :- KOKTEL)

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion positif (+ve) manakala dalam ikan mengandungi ion negative (-ve), jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
"Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui Segala yang di langit dan dibumi..."
- Wallahualam.....

Fikir sebelum ................ sesuatu!!!!!


Fikir sebelum ………………sesuatu!!!

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,

Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,

Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,

Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,

Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,

Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

TERSENYUM DAN BERTERIMA KASIHLAH PADA ILAHI,

KERANA KITA MASIH LAGI BERNAFAS UNTUK TERUS HIDUP!!