KAJIAN bersama March of Dimes dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bilangan kelahiran bayi pramatang paling banyak berlaku di Asia, Afrika dan diikuti oleh Amerika Utara.
Sehingga kini, bilangan kelahiran bayi pramatang yang direkodkan di seluruh dunia mencecah 13 juta. Pakar perubatan bagaimanapun berpendapat angka sebenar kelahiran pramatang jauh lebih tinggi dan jumlah itu hanya 1 daripada 10 jumlah sebenar.
Malah mereka berkata, angka itu akan terus meningkat melihatkan gaya hidup masyarakat hari ini, termasuklah menghisap rokok, penjagaan sebelum kelahiran yang tidak baik, tekanan fizikal dan kelahiran secara cesarean yang semakin kerap dilakukan.
Tuesday, October 13, 2009
INFO KESIHATAN - Jijik Kuku Berkulat
SESEORANG selalunya tidak sedar jika masalah kulat atau fungus mula menjangkiti satu atau lebih kukunya. Daripada titik kecil berwarna kekuningan di hujung kuku tangan atau kaki, ia boleh memburuk hingga menyebabkan warna kuku berubah menjadi gelap, mengeras, hilang lapisan berkilat dan teksturnya menggerutu.Keadaan itu memalukan si empunya diri kerana rupa kuku yang mengundang perasaan geli, walaupun hanya dengan melihatnya. Sebelum ia semakin merebak dan membuatkan seseorang berasa tidak selesa, kawalan dan rawatannya perlu disegerakan. Peratusan jangkitan kulat kuku atau onikomikosis lebih tinggi di negara yang beriklim panas dan lembap seperti Malaysia. Jika kaki sering bersarung kasut dalam iklim begitu, perpeluhan akan berlaku dan ia mengundang bukan sahaja pembiakan bakteria, malah pembentukan kulat.
Lebih membimbangkan, jangkitan kulat ini bukan sahaja boleh berlaku dari kuku kaki ke kuku tangan seseorang, bahkan boleh disebar pula oleh agen air. Maka, tempat-tempat seperti kolam renang awam dan bilik air juga lokasi ideal untuk kulat ini menjangkiti orang lain.
Jangkitan kulat ini boleh menyebabkan seseorang berasa gatal dan perit selain mampu meninggalkan kerosakan kekal kepada kuku. Ia juga membuka risiko jangkitan yang lebih teruk dan ini berbahaya untuk penghidap diabetes atau mereka yang lemah sistem imunisasi seperti penghidap leukemia, AIDS atau yang sedang menjalani pemindahan organ.
"Apabila kulat mula 'menghuni' kuku, ia sukar dilenyapkan dengan cepat.
"Apabila kulat mula 'menghuni' kuku, ia sukar dilenyapkan dengan cepat.
Namun, ia boleh dibasmi jika seseorang berdisiplin dalam menjalankan rutin rawatannya.
"Ia tidak hilang dengan sendiri, maka seseorang yang mengalaminya tidak boleh memandang ringan masalah ini. Penggunaan minyak sapu adalah pilihan paling mudah," kata pakar bedah tangan di Marin General Hospital California, Amerika Syarikat (AS), Dr. David Nelson.
"Ia tidak hilang dengan sendiri, maka seseorang yang mengalaminya tidak boleh memandang ringan masalah ini. Penggunaan minyak sapu adalah pilihan paling mudah," kata pakar bedah tangan di Marin General Hospital California, Amerika Syarikat (AS), Dr. David Nelson.
Ubat sapu
Menurut Nelson dalam portal kesihatannya, pesakit di AS yang dijangkiti kulat kuku lazimnya diberikan pil griseofulvin untuk tempoh antara enam bulan sehingga setahun.
"Tetapi, ia meninggalkan kesan sampingan seperti sakit kepala, loya, gangguan fungsi darah dan kerosakan hati. Sebab itulah ramai doktor menyarankan ubat sapu termasuk minyak homeopati. Bagaimanapun, membuang terus kuku yang dijangkiti itu tidak akan membebaskan seseorang daripada onikomikosis.
"Apabila lapisan kuku baru mula terbentuk, jangkitan akan bermula semula," kata Nelson.
Jika tidak berkesempatan bertemu doktor, terdapat beberapa jenis dan jenama ubat sapuan yang boleh didapatkan di kaunter farmasi.
Jika tidak berkesempatan bertemu doktor, terdapat beberapa jenis dan jenama ubat sapuan yang boleh didapatkan di kaunter farmasi.
Pesakit diingatkan untuk membaca keterangan pada label produk terlebih dahulu untuk memahami lebih lanjut cara, proses, dan kesan penggunaan ubat-ubatan tersebut.
Sebelum menyapu ubat, pesakit perlu selalu membersihkan kuku tangan dan kaki, baik yang dijangkiti mahupun yang tidak dijangkiti.
Ubat perlu disapu di bahagian hujung dan di bawah lapisan kuku serta di unjuran pangkal kulit dengan sekata. Ia penting kerana bahagian kulit yang terjejas dengan jangkitan kulat di sekeliling kuku (paronisia) boleh dijangka kerana bakteria dan kulat merebak apabila fungsi ketahanan tubuh terjejas.
"Apabila menyapu krim pembasmi kulat itu, bahagian kutikel tidak perlu, ditolak atau dikorek. Manakala bagi wanita, pemakaian kuku palsu adalah lebih baik dielakkan. Pembersihan kuku dengan pembersih pengilat kuku juga tidak digalakkan bagi menghindar masalah yang berkaitan," terang Nelson.
Info Kesihatan - Fakta terkini tentang Klorin kolam renang?
SAINTIS memberi amaran tentang peningkatan risiko asma kepada kanak-kanak yang kerap menggunakan kolam renang tertutup.
Menurut profesor toksikologi dari Universiti Catholic, Louvain, Perancis, Alfred Bernard, klorin yang terdapat di dalam kolam renang tersebut mampu mengganggu laluan udara dan paru-paru serta meningkatkan risiko alahan.
Kajian tersebut juga mendedahkan klorin yang digunakan meningkatkan kesan terhadap sistem pernafasan kanak-kanak sehingga lima kali ganda, lebih serius daripada kesan asap rokok pasif.
Thursday, October 1, 2009
Sunday, August 30, 2009
SALAM KEMERDEKAAN 52 TAHUN NEGARA!!
"HAYATILAH DAN HAYATILAH KEMERDEKAAN MALAYSIA HARI INI, HARGAILAH PERJUANGAN GENERASI LAMPAU YANG MEMASTIKAN KITA HIDUP AMAN, MERDEKA DEMI KEMASLAHATAN GENERASI 1 MALAYSIA PADA HARI INI"
Friday, July 10, 2009
Petikan Kata-kata Tokoh Pemimpin Malaysia
"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
16 September 1995, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung MIC ke-42
"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
20 Jun 2002, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung UMNO
"Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
"Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
31 Oktober 1995, Kuala Lumpur
Pelancaran Keris Motion Sdn Bhd
"Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
30 Ogos 1984, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-27
"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
30 Ogos 1982, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-25
"...pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam harus berorientasikan tindakan atau action-oriented. Zaman kita menanti peluang-peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang, dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik adalah diperlukan”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
22 Ogos 1989, Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia
"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka”.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein,
"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka”.
Tun Abdul Razak Dato' Hussein,
31 Ogos 1975, Kuala Lumpur
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-18
Di PETIK DARI: LAMAN WEB: www.uum.edu.my/ipdm/Institut
Thursday, July 9, 2009
LiRik Lagu BiLa Aku SuDaH TiaDa - HuJaN
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
Subscribe to:
Posts (Atom)

