Friday, July 10, 2009

Petikan Kata-kata Tokoh Pemimpin Malaysia

"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
16 September 1995, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung MIC ke-42

"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
20 Jun 2002, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung UMNO

"Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
31 Oktober 1995, Kuala Lumpur
Pelancaran Keris Motion Sdn Bhd

"Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
30 Ogos 1984, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-27

"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad,
30 Ogos 1982, Kuala Lumpur
Perutusan Hari Kebangsaan Ke-25

"...pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam harus berorientasikan tindakan atau action-oriented. Zaman kita menanti peluang-peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang, dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik adalah diperlukan”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
22 Ogos 1989, Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia


"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka”.

Tun Abdul Razak Dato' Hussein,
31 Ogos 1975, Kuala Lumpur
Sempena menyambut hari kemerdekaan ke-18

Di PETIK DARI: LAMAN WEB: www.uum.edu.my/ipdm/Institut

Thursday, July 9, 2009

LiRik Lagu BiLa Aku SuDaH TiaDa - HuJaN

Bila, aku sudah tiada

Simpan semua lagu ku

Jangan di tangis selalu


Mungkin, itu sementara

Bila jumpa pengganti ku

jangan di lupakan aku


Pagi itu indah seperti biasa

Tidur yang lena terhenti di sana

Layap kuyu masih tak terdaya

Bukalah tingkap mu

Curahkan cahaya…


Siapa yang sangka

Bila tiba masa kita

Untuk pergi selamanya


Takkan terduga

Jika saat ni

Tuhan tentukan

Aku lah orangnya


Gelak tawa tangisan yang hiba

Kenangan kita masa di dunia

Alangkah indahnya jika

Kita mampu hidup selamanya…

Lirik Lagu Kau Aku - Aizat

Kau Dan Aku

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku, engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Chorus :
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Ooohhh.
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini

Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

Lirik Lagu Putihnya Lukisan - Meet Uncle Hussain

Oh dunia
penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang disana sedang menahahahaha
yang disini ditimpa malapetaka
Ow dunia hari ini
ow sedihnya
ow tanah dijajah lagi
ow kehahanya
(*)
Jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
dengan warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh dan oh
Oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang simuda mengacukan senjata
Ow maruah dijual beli
ow murah nya
ow bumi terbelah lagi
ow bencana
-ulang (*)-
oh oh oh oh oh oh dan oh lagi

Lirik Lagu Mentera Beradu Malique/ M.Nasir

Masih belum sempurna..
Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..
kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
pecah tembelang...peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..
lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang
kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
ramai saudaraku yang baik telah dipijak
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina
lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
cita cita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku
kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
akhirnya sempurna....

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yangterbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luarkelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.


Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

‘SeMoGa Anda BeRoleH KebaHagiaaN HiduP bersama OranG Yang TerSayang Buat SeLaMaNya……Amin…….”

Menghargai Orang Lain

Dalam sehari, ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu Anda, yang menegur Anda dan yang memberikan Anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan ‘thank you’ atau ‘terima kasih’.
Ingat, kena ucap dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati Anda, sejauh yang mungkin, setulus yang mungkin. Kalau tak ucap secara lisan atau berdepan, ucapkan di dalam hati.
Dengan ini, membentuk diri Anda menjadi seorang yang pemaaf dan dalam jangka masa panjang, menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda Anda.
Motivasi tak melekat di hati dan tak berkesan di minda kerana banyak gelombang-gelombang emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, lalu membentuk tembok yang susah ditembusi. Baca buku motivasi banyak manapun, memang susah untuk berubah selagi tak pecahkan ‘tembok’ tu.
Di waktu pagi, hargai mak Anda yang menyediakan sarapan untuk Anda. Ucapkan terima kasih padanya, setulus hati, jadikan dia rasa cukup dihargai.
Beri penghargaan pada bos Anda, kerana dia menyediakan tempat kerja untuk Anda lalu membolehkan Anda mencari rezeki di organisasi miliknya. Niatkan sebagai menghargai jasanya mengambil Anda sebagai salah seorang pekerjanya.
Hargai kekasih Anda yang selalu menyayangi Anda, yang selalu merindu Anda dan yang menjadikan nama Anda penyeri hidupnya.
Bila kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.
Last sekali, hargai Allah kerana memberi Anda nafas, kecerdikan dan peluang untuk Anda hidup sehari lagi bagi membolehkan Anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri Anda!

Di petik daripada: http://www.imotivasi.com/menghargai-orang-lain/