Tuesday, October 13, 2009

INFO KESIHATAN - Bayi tidak cukup bulan semakin banyak

KAJIAN bersama March of Dimes dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bilangan kelahiran bayi pramatang paling banyak berlaku di Asia, Afrika dan diikuti oleh Amerika Utara.

Sehingga kini, bilangan kelahiran bayi pramatang yang direkodkan di seluruh dunia mencecah 13 juta. Pakar perubatan bagaimanapun berpendapat angka sebenar kelahiran pramatang jauh lebih tinggi dan jumlah itu hanya 1 daripada 10 jumlah sebenar.

Malah mereka berkata, angka itu akan terus meningkat melihatkan gaya hidup masyarakat hari ini, termasuklah menghisap rokok, penjagaan sebelum kelahiran yang tidak baik, tekanan fizikal dan kelahiran secara cesarean yang semakin kerap dilakukan.

INFO KESIHATAN - Jijik Kuku Berkulat

SESEORANG selalunya tidak sedar jika masalah kulat atau fungus mula menjangkiti satu atau lebih kukunya. Daripada titik kecil berwarna kekuningan di hujung kuku tangan atau kaki, ia boleh memburuk hingga menyebabkan warna kuku berubah menjadi gelap, mengeras, hilang lapisan berkilat dan teksturnya menggerutu.

Keadaan itu memalukan si empunya diri kerana rupa kuku yang mengundang perasaan geli, walaupun hanya dengan melihatnya. Sebelum ia semakin merebak dan membuatkan seseorang berasa tidak selesa, kawalan dan rawatannya perlu disegerakan. Peratusan jangkitan kulat kuku atau onikomikosis lebih tinggi di negara yang beriklim panas dan lembap seperti Malaysia. Jika kaki sering bersarung kasut dalam iklim begitu, perpeluhan akan berlaku dan ia mengundang bukan sahaja pembiakan bakteria, malah pembentukan kulat.

Lebih membimbangkan, jangkitan kulat ini bukan sahaja boleh berlaku dari kuku kaki ke kuku tangan seseorang, bahkan boleh disebar pula oleh agen air. Maka, tempat-tempat seperti kolam renang awam dan bilik air juga lokasi ideal untuk kulat ini menjangkiti orang lain.

Jangkitan kulat ini boleh menyebabkan seseorang berasa gatal dan perit selain mampu meninggalkan kerosakan kekal kepada kuku. Ia juga membuka risiko jangkitan yang lebih teruk dan ini berbahaya untuk penghidap diabetes atau mereka yang lemah sistem imunisasi seperti penghidap leukemia, AIDS atau yang sedang menjalani pemindahan organ.
"Apabila kulat mula 'menghuni' kuku, ia sukar dilenyapkan dengan cepat.

Namun, ia boleh dibasmi jika seseorang berdisiplin dalam menjalankan rutin rawatannya.
"Ia tidak hilang dengan sendiri, maka seseorang yang mengalaminya tidak boleh memandang ringan masalah ini. Penggunaan minyak sapu adalah pilihan paling mudah," kata pakar bedah tangan
di Marin General Hospital California, Amerika Syarikat (AS), Dr. David Nelson.

Ubat sapu

Menurut Nelson dalam portal kesihatannya, pesakit di AS yang dijangkiti kulat kuku lazimnya diberikan pil griseofulvin untuk tempoh antara enam bulan sehingga setahun.

"Tetapi, ia meninggalkan kesan sampingan seperti sakit kepala, loya, gangguan fungsi darah dan kerosakan hati. Sebab itulah ramai doktor menyarankan ubat sapu termasuk minyak homeopati. Bagaimanapun, membuang terus kuku yang dijangkiti itu tidak akan membebaskan seseorang daripada onikomikosis.

"Apabila lapisan kuku baru mula terbentuk, jangkitan akan bermula semula," kata Nelson.
Jika tidak berkesempatan bertemu doktor, terdapat beberapa jenis
dan jenama ubat sapuan yang boleh didapatkan di kaunter farmasi.

Pesakit diingatkan untuk membaca keterangan pada label produk terlebih dahulu untuk memahami lebih lanjut cara, proses, dan kesan penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Sebelum menyapu ubat, pesakit perlu selalu membersihkan kuku tangan dan kaki, baik yang dijangkiti mahupun yang tidak dijangkiti.

Ubat perlu disapu di bahagian hujung dan di bawah lapisan kuku serta di unjuran pangkal kulit dengan sekata. Ia penting kerana bahagian kulit yang terjejas dengan jangkitan kulat di sekeliling kuku (paronisia) boleh dijangka kerana bakteria dan kulat merebak apabila fungsi ketahanan tubuh terjejas.

"Apabila menyapu krim pembasmi kulat itu, bahagian kutikel tidak perlu, ditolak atau dikorek. Manakala bagi wanita, pemakaian kuku palsu adalah lebih baik dielakkan. Pembersihan kuku dengan pembersih pengilat kuku juga tidak digalakkan bagi menghindar masalah yang berkaitan," terang Nelson.

Info Kesihatan - Fakta terkini tentang Klorin kolam renang?

SAINTIS memberi amaran tentang peningkatan risiko asma kepada kanak-kanak yang kerap menggunakan kolam renang tertutup.

Menurut profesor toksikologi dari Universiti Catholic, Louvain, Perancis, Alfred Bernard, klorin yang terdapat di dalam kolam renang tersebut mampu mengganggu laluan udara dan paru-paru serta meningkatkan risiko alahan.

Kajian tersebut juga mendedahkan klorin yang digunakan meningkatkan kesan terhadap sistem pernafasan kanak-kanak sehingga lima kali ganda, lebih serius daripada kesan asap rokok pasif.

Thursday, October 1, 2009

Selamat Hari Raya Eid Mubarak...


Salam Aidilfitri 1430H/2009M


Pohon Maaf zahir batin...


ikhlas daripada Zul sekeluarga...